KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi Noryn Aziz iaitu Allahyarham Abd Aziz Mohd Dali menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati tahap empat di kediamannya di Shah Alam, di sini, jam 2 petang, hari ini.
Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd Aziz, 45, berkongsi perkhabaran duka menerusi hantaran dalam Instagram (IG), sebentar tadi.
"Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn, Hj Abd Aziz Mohd Dali kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami.
"Terima kasih. Al-Fatihah buat ayah tersayang," tulisnya.

Menerusi hantaran itu, penyanyi lagu Fantasi O Realiti itu memaklumkan urusan pengebumian arwah bapanya akan dilakukan pada malam ini selepas waktu Isyak.
"Solat jenazah dilakukan selepas waktu isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam.
"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Budiman, jam 9 malam," katanya.
Meninjau ruangan komen, perkongsian bekas juara program Gegar Vaganza 5 itu dibanjiri dengan ucapan takziah daripada peminat dan rakan selebriti seperti Datuk Ziela Jalil, Liza Hanim, Zur Eda, Haiza, Yusuf Bahrin dan Bella Astillah.
Rata-rata mereka mendoakan semoga penyanyi itu tabah menghadapi ujian yang dilalui.
Menurut Noryn, 45, jenazah telah disolatkan di surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman, U10, Shah Alam selepas solat Isyak.
Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn kembali ke Rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami di Shah Alam.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budiman malam, semalam.
Noryn turut berkongsi berita duka itu di laman Instagram miliknya dan menerima banyak ucapan takziah dan doa daripada pengikut serta rakan-rakannya.
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...
Salam Takziah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...
Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...🤲🤲🤲🤲
