Khabar Duka, Penyanyi Lagenda Datuk Abdul Rahman bin Hassan Meninggal Dunia Malam Tadi. Al Fatihah

Khabar Duka, Penyanyi Lagenda Datuk Abdul Rahman bin Hassan Meninggal Dunia Malam Tadi. Al Fatihah 

Post By Admin, January 28, 2023

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.


Anak saudaranya, Azlee Senario, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak.


"Doktor meminta isteri, anak-anak dan ahli keluarga datang bertemu arwah apabila keadaannya semakin kritikal selepas Maghrib.


"Arwah hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lalu.


"Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, selepas urusan bedah siasat selesai," katanya kepada BH Online.


Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, selepas solat Zuhur, hari ini.


Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang sebelum dihantar ke HA menaiki ambulans, Isnin lalu.


Pada 1 Jun lalu, A Rahman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah dibenarkan pulang dua hari menjelang Aidilfitri.


Menantunya, Siti Jasmina Ibrahim (isteri kepada Khir Rahman) berkata bapa mentuanya meninggal dunia pada 12.40 tengah malam.


“Assalammualaikum, bapa mentua saya Datuk A. Rahman Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.40 pagi tadi (Khamis) di Hospital Ampang.


“Abah (A. Rahman) pergi dengan tenang...Alhamdulillah, semua dipermudahkan...semoga rohnya dalam kasih sayang Allah, al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.


Sementara itu, di akaun Instagram rasmi Persatuan Seniman Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga A. Rahman dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan di syurga.


Menerusi catatan persatuan berkenaan, arwah meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru berair.


Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, selepas solat Zuhur, semalam.


Pada Isnin lepas, Allahyarham yang terkenal  dengan dendangan lagu-lagu berentak Pop Yeh Yeh, dikejarkan ke hospital selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang sebelum dihantar ke Hospital Ampang menaiki ambulans.

Salam Takziah