Khabar Duka, Lagenda Hoki Negara Yahya Atan "PakYa" Meninggal Dunia Petang Semalam. Al Fatihah

Khabar Duka, Lagenda Hoki Negara Yahya Atan "PakYa" Meninggal Dunia Petang Semalam. Al Fatihah 
Post By Admin, January 28, 2023

Kuala Lumpur: Legenda hoki negara, Yahya Atan atau lebih senang disapa Pakya, meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi satu kenyataan berkata, Allahyarham yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang tadi.


"Presiden, Ahli Lembaga Eksekutif dan staf KHM ingin menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga bekas ketua jurulatih pasukan Malaysia (Lelaki dan Wanita) Coach Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai Pakya yang menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.


"Allahyarham Pakya adalah seorang yang sangat mencintai sukan hoki dan banyak menghabiskan waktunya bersama membantu sukan hoki sama ada di peringkat akar umbi (pembangunan) mahupun di peringkat yang lebih tinggi.


"Jasa Allahyarham Pakya dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh KHM.


"Kami mendoakan semoga keluarga Allahyarham Pakya tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.


"Semoga roh Allahyarham Yahya Atan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman," katanya.


Bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki dan wanita kebangsaan Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai 'Pakya', meninggal dunia pada usia 67 tahun petang semalam.


Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.45 petang di Hospital Kuala Lumpur.


KHM menyifatkan sukan hoki amat dekat di hati beliau, yang namanya cukup terkenal dalam kalangan penggiat sukan itu.


"Allahyarham Pakya merupakan seorang yang sangat mencintai sukan hoki dan telah banyak menghabiskan waktunya membantu sukan hoki sama ada di peringkat akar umbi mahupun di peringkat lebih tinggi," menurut kenyataan itu.


KHM turut menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.


"Jasa Allahyarham Pakya dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh KHM," menurut kenyataan itu lagi.


Astrowani News difahamkan Pakya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu selepas ditemukan terbaring tidak sedarkan diri dalam tandas, sebelum aksi skuad hoki wanita Sabah menentang Mutiara Impian dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2022.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi hantaran di Facebook rasminya.


Terdahulu, arena olahraga turut dikejutkan dengan pemergian bekas pelari 800 meter (m) dan 1,500m Olimpik negara R. Subramaniam, yang difahamkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang selepas mengadu mengalami sakit dada. - Astrowani News 

Salam Takziah